|
|
|
 |
|
1 Mei 2016
- Pelajar Tahun 1 Semester 2 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Universiti Sain Islam Malaysia (USIM) melaksanakan program motivasi
secara dalam kumpulan. Program ini dibawa oleh Dr. Othman Ab Rahman
seorang Ahli Jawatankuasa Pendidikan RBDH dan merupakan pensyarah di
fakulti tersebut. Beliau kerap melaksanakan program seumpama ini secara
berkala bersama-sama pelajar-pelajarnya daripada USIM. Semangat
anak-anak RBDH perlu dipupuk setiap masa supaya mereka tidak merasa
ditinggalkan sendirian. |
|
|
Mentor Mentee |
|
2 Mei 2016
- Program yang dijalankan Ahli JawatanKuasa (AJK) RBDH bagi mendekati
dan mengenali anak-anak yatim RBDH. Beberapa kelompok kecil dibahagikan
kepada beberapa orang mentor (AJK) untuk menjaga dan mendengar
permasalahan mentee-mentee mereka. Usaha ini juga bagi mendekatkan lagi
perhubungan antara anak-anak RBDH dengan pengurusan tertinggi RBDH.
|
|

|
|
7 Mei 2016
- Program anak-anak RBDH bersama pegawai dari Jabatan Kebajikan
Mesyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita yang mengikuti Kursus
Pascasiswazah Kerja Sosial di Institut Sosialis Malaysia. Turut sama
hadir seorang pensyarah mereka iaitu Dr Aizan Sofia Amin. Kehadiran
mereka ini bagi membakar semangat anak-anak RBDH supaya terus
berusaha walaupun berbagai halangan yang menimpa. |
|
 |
|
8 Mei 2016
- Setiap 2 minggu pada pagi Ahad Kumpulan Havoc Senamtari Megastar
Sound Entertainment bersama anak-anak RBDH menjalani rutin senamrobik.
Senaman ini dilakukan supaya penghuni RBDH berada dalam keadaan sihat
fizikal. |
|