KM
11, Jalan Hulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Pengertian
Anak Yatim Anak
yatim dalam bahasa Inggeris
disebut 'orphanage'. Secara
bahasa "yatim" berasal dari bahasa arab. Dari fi'il madli "yatama"
mudlori "yaitamu"
dab mashdar "yatmu"
yang bererti sedih atau
bermakna sendiri.
Istilah
Anak
Yatim Dari Segi Syariah Islam
Adapun
menurut istilah syara' yang dimaksudkan dengan anak yatim adalah anak
yang ditinggal mati oleh ayahnya sebelum dia baligh. Batas atau tempoh
seorang anak disebut yatim adalah hingga anak tersebut telah
baligh dan dewasa. Bagi orang
yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar
sebagai
anak yatim lagi kerana mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri
sendiri.
Ianya hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka
tidak mampu
menjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta
bantuan
dari orang lain.
Menurut
Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri:
“Anak
yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada mempunyai bapa,
sama ada
budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau
tiada.
Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang
dinafikan dengan
sebab li ‘an antara suami isteri. Apabila
ia
sudah baligh maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan
cukup
umur lima belas tahun qamariyyah.”
Walaubagimana
pun masyarakat Melayu Malaysia mempunyai satu lagi istilah iaitu Yatim
Piatu
yang dimaksudkan sebagai mereka yang telah kehilangan kedua-dua ibu dan
bapa,
walaupun sebenarnya istilah ini tidak ada dalam syariat Islam. Anak
yatim
adalah anak yang kematian bapa
atau kedua-duanya
semasa ia
kecil atau belum baligh. Islam mewasiatkan umat manusia supaya
melakukan hubungan baik
dengan
anak yatim, memberi perlindungan dan pendidikan serta memberi hak-hak
mereka.
Firman
Allah yang bermaksud:
“
Oleh
sebab itu maka anak yatim janganlah kamu hinakan.” ( Al-
Dhuha)
“Tahukah
engkau orang yang mendustakan agama, iaitu orang yang menengking anak
yatim.” (
al- Maun)
Islam
juga
mencegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti
yang
dinyatakan dalam surah An- Nisa ayat 6.
Kewajipan
sosial
Menyayangi
dan memelihara anak yatim adalah kewajipan sosial setiap orang Islam.
Dan ia
adalah salah satu usaha perjuangan Islam yang jarang dilakukan orang.
Justeru
masalah sosial timbul kerana empat sebab, iaitu tidak memuliakan anak
yatim,
tidak memberi makan orang miskin, memakan warisan (kekayaan) alam
dengan rakus,
dan mencintai harta benda secara berlebihan (lihat surah al-Fajr, ayat
15-20).
Renungan
Beramal
dan Menyampaikan
Statistik
Pelawat
KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM
TANGGUNG JAWAB
BERSAMA
" BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU MEREKA " (Derma adalah
dikecualikan daripada Cukai Pendapatan)